DI musim gelombang Covid-19 yang kembali mengganas di negara kita, SinarPlus percaya individu yang paling terkesan adalah golongan petugas barisan hadapan.
Selain sanggup berkorban masa, tenaga untuk masyarakat, ada antara mereka yang terpaksa berpisah dengan keluarga.
Seperti seorang frontliner, Siti Nurjannah Abu Bakar ini yang terpaksa berpisah dengan suami dan anak-anak.
Artikel berkaitan: Wanita jadi cikgu ajar lelaki pandu treler, jentera berat dan motosikal kuasa tinggi
Membaca mesej yang diberikan oleh cikgu pra sekolah anak pada aku, membuatkan aku menangis.
Sungguh hati seorang ibu sangat mudah tersentuh bila berkaitan anak-anak.
Dan hari ini, setelah 18 hari aku di bumi Sabah aku disahkan positif Covid-19.
Benda yang aku paling tak jangka, yang aku tak pernah mimpi, yang aku takuti, terjadi jua.
Sungguh sangat bererti doa kalian pada aku. Dan sesungguhnya ujian yang paling tidak tertanggung adalah rindu.
AKU SEORANG FRONTLINER,
Doakan aku bebas dari Covid-19.
Sumber: Siti Nurjannah Abu Bakar
SinarPlus turut mendoakan semoga dipermudahkan urusan Siti Nurjannah dan semua petugas barisan hadapan. Kita belum menang, teruskan mengamalkan SOP dan #kitajagakita.