HMD Global, pengeluar telefon bimbit Nokia baru-baru ini memperkenalkan Nokia 2.4 yang telah ditambah nilai.
Pengurus Negara untuk Malaysia dan Myanmar HMD Global, Vijay Thangavelu berkata, Nokia 2.4 generasi terbaharu itu membawakan pengimejan AI canggih yang hadir dengan mod Malam (Night) dan mod Potret (Portrait) sekali gus menaik taraf kualiti gambar yang ingin diambil.
Berikut perincian lanjut mengenai ciri-ciri Nokia 2.4:
i) Imej malam dan potret yang terperinci, dikuasakan oleh pengimejan AI
Dengan fungsi pelakuran (fusion) dan tindanan pendedahan (exposure) mod Malam yang canggih, pengguna boleh merakam imej yang terperinci walaupun dalam suasana gelap.
ii) Tonton, belajar dan cipta menerusi skrin 6.5”, nikmati hiburan tanpa henti
Paparan HD+ yang bersaiz besar dengan takuk swafoto memaksimumkan ruang skrin, memberi pengguna pengalaman visual yang lebih baik. Di samping itu, Nokia 2.4 didatangkan dengan bateri 4500mAh yang mampu bertahan selama dua hari selepas dicas penuh sekali sahaja. Jadi, pengguna dapat memanfaatkan aplikasi yang digemari dengan lebih lama.
[caption id="attachment_24366" width="1024"] Dapatkan Nokia 2.4 dengan harga yang berbaloi di platform Shopee. Klik di sini untuk dapatkan harga menarik.[/caption]
iii) Sedia untuk memuatkan Android 11
Nokia 2.4 membekalkan pengalaman kepenggunaan yang tulen, selamat dan terkini menerusi perisiannya serta antara muka (interface) yang kemas dan bebas daripada bloatware.
Nokia 2.4 memastikan pengguna dapat memanfaatkan fungsi Android yang terkini dan menikmati pengemaskinian sekuriti bulanan selama tiga tahun dan pengemaskinian perisian selama dua tahun.
iv) Harga dan ketersediaan
Nokia 2.4 ditawarkan mulai 9 Oktober lalu pada harga RM499 dan hadir dalam warna Charcoal, dengan konfigurasi RAM/ROM 2/32. Para pelanggan juga boleh membuat pembelian melalui kedai dalam talian Macpie dan melalui platform e-dagang, Shopee.
Pembelian Nokia 2.4 di kedai dalam talian Macpie dan Shopee turut hadir dengan hadiah percuma sementara stok masih ada.