Fad Bocey timang anak keempat

Iklan
Untitled design (13)

ISTERI kepada pelawak, Fad Bocey selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta pagi tadi.

Menurut Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Nizam, 29, isterinya, Nur Syahirah Abdul Rahman, 26, telah melahirkan bayi keempat mereka itu pada jam 4.41 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Syukur ke hadrat Illahi pada tarikh ini, 20/10/2020, jam 4.41 pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy.

"Selamat datang anak lelaki kami, Ibrahim Jibriel Mohamad Fadzlie.

Iklan

"Terima kasih pada semua yang mendoakan kami. Terima kasih juga cinta hati saya, Syaheera,” tulisnya.

Iklan

Fad dan isteri mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu sepasang kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, 5, dan Nur Aminah Mishal, 2.

Tahniah dari team Sinarplus buat Fad sekeluarga!