MENDIRIKAN rumah tangga adalah impian setiap pasangan. Perkahwinan hakikatnya adalah suatu ibadah dalam Islam. Ia dianjurkan bagi memelihara sekurang-kurangnya satu daripada maqasid syariah iaitu memelihara nasab dan keturunan.
Perkara yang paling penting dalam sesuatu majlis perkahwinan adalah majlis akad nikah di antara dua mempelai lelaki dan perempuan.
Setelah ijab kabul maka telah sahlah kedua pasangan tersebut menjadi suami isteri yang halal.
Sesebuah majlis pernikahan itu juga tidak akan lengkap tanpa lafaz beri izin atau restu daripada anak bagi seseorang bapa untuk menikahkannya.
Setiap kali majlis akad nikah, pengantin perempuan akan diminta untuk membaca lafaz izin nikah setelah pengantin lelaki membaca lafaz taklik.
Namun, baru-baru ini tular di sosial media video yang mana pengantin perempuan sedang membaca lafaz izin di majlis akad nikahnya persis kedengaran seperti menyampaikan sebuah berita.
Wanita itu juga didakwa merupakan salah seorang wartawan dan penyampai berita di sebuah syarikat media tempatan.
Wow! Patutlah tone suara saling tak tumpah macam kita tengok Buletin Utama.
Difahamkan pengantin tersebut telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya sekitar Februari tahun lalu.
Namun, video tersebut kini kembali meraih perhatian umum dan tular selepas rakannya bertindak untuk memuat naik video tersebut di laman Twitter baru-baru ini.
Video tersebut telah meraih lebih 445.7 ribu tontonan dan 20 ribu ulang kicau serta 30 ribu tanda suka.
Jika pembaca berita baca lafaz beri izin kedengaran seperti menyampaikan berita, agaknya kalau menyampai radio bunyi macam mana pula ye?