Harimau mandi di Selangor cuit hati warganet

Iklan
harimau mandi

Oleh MEEN TAHRIN

SEKEPING gambar yang menunjukkan seekor harimau sedang mandi telah mencuit hati warganet.

Iklan
Iklan

Rata-rata terhibur dengan gambar tersebut yang kena dengan situasi keadaan di Selangor ketika ini.

Iklan

Tulisan pada kapsyen gambar tersebut:

Yeahh..Leganya ada air..

Iklan

Penduduk Lembah Klang menarik nafas lega selepas 83% daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas LRA Sg Selangor Fasa 1,2,3 & Rantau Panjang akibat pencemaran, telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat 6 pagi tadi

Namun selain daripada terhibur dengan gambar itu, sebenarnya ramai yang tidak menyangka bahawa Bernama juga ada sisi lucu.

Melalui komen-komen di Twitter Bernama, ramai pembacanya yang mengakui perlu membaca beberapa kali untuk memastikan bahawa itu adalah tweet dari Bernama sendiri.

Sesekali kan, apa salahnya.  Jangan serius sangat ketika PKPB ini.

Berikut komen warganet yang mudah terhibur:

"Haha I double checked the twit name also…" - @so_geneus

"Ingatkan silap mata tadi. Kus semangat! Admin dah pandai ye..." - @TiaMelia12

"Dua kali jugak aku baca tweethandle, ada vibe BERMANA. Tapi takpa, funny." - @NazmiHanafiah

"Yup. Double triple check utk pastikan bukan bermana. Main2 ehRelieved face." - @99_maizatul

"Bernama kemain eh skrg siap letak gambar rimau." - @syazanazamree_

"Bernama dah makin menarik... abis la org x baca Bermana lps ni.…" - @Pocong54617492

"ingatkan ade rimau kat Lembah Klang." - @awtfzyn

"Beriya jugak aku check twthandle." - @sykrhwhn