SELEPAS dilaporkan berehat untuk menjalani rawatan kesihatan dan dikelilingi keluarga serta teman rapat yang sentiasa memberi semangat, aktor tersohor Bollywood, Sanjay Dutt mengumumkan dia akhirnya berjaya ‘menewaskan’ barah paru-paru tahap empat yang dihidapinya.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Sanjay Dutt menerusi Twitter miliknya. Dia merakamkan kesyukuran serta berkongsi keadaan sukar yang sedang dialami.
Menerusi perkongsian tersebut, Sanjay berkata, penyakit itu telah membawa banyak kepayahan dan kesulitan kepada dia dan keluarga.
Sanjay Dutt juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat atas kasih dan doa mereka.
Sanjay juga mengucapkan terima kasih kepada doktor dan kakitangankerana merawatnya dengan baik.
Sanjay Dutt yang sudah terbabit dengan lebih 150 buah filem itu juga mengumumkan akan segera kembali ke set penggambaran pada November depan.
Sanjay Dutt pada Ogos lalu sempat disyaki dijangkiti Covid 19 selepas mengadu mengalami gejala seperti sesak nafas.
Bintang sensasi ini juga pernah menulis kenyataan di akaun Instagramnya pada Ogos lalu menggesa agar tidak ada pihak yang membuat spekulasi tentang kesihatannya.