3 asas dan alasan boleh isytihar darurat, Agong minta rakyat bertenang

Iklan
3 asas dan alasan boleh isytiharan darurat, Agong mintak rakyat tenang dan tidak panik

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Tindakan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu secara tidak langsung telah membuatkan rakyat gelisah dan tertanya-tanya apakah tindakan seterusnya yang bakal diambil kerajaan selepas beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Iklan
Iklan

Malahan, ada dalam kalangan mereka mengandaikan bahawa kerajaan terpaksa mengistiharkan darurat dalam masa terdekat ekoran kes wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Iklan

Apa itu darurat?

Menurut Pakar Perlembagaan Persekutuan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, secara asasnya darurat bermaksud membawa suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.

Iklan

Tambah Shamrahayu lagi, terdapat tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas:

  • Keselamatan negara
  • Kehidupan ekonomi
  • Ketenteraman awam

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak Covid-19.

Seluruh rakyat turut dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugat ketenteraman negara.

Ahmad Fadil berkata Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima menghadap Muhyiddin di Istana Abdul Aziz, Kuantan petang semalam.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan itu, Ahmad Fadil menjelaskan sesi menghadap itu dimohon Muhyiddin susulan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang dipengerusikan beliau di Putrajaya pada pagi semalam.

Menurutnya dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang satu setengah jam itu, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima sembah taklimat cadangan-cadangan yang telah dicapai Mesyuarat Khas Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan ampun perkenan Seri Paduka untuk pelaksanaannya.

Berhubung dengan kenaikan mendadak kes positif harian Covid-19 dan kewujudan beberapa kluster baharu yang berterusan di negara ini, Al-Sultan Abdullah mengulangi titah nasihat Seri Paduka kepada rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing.

Baginda turut meminta rakyat berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara amalan norma baharu dalam membantu pihak berkuasa memerangi Covid-19 demi keselamatan diri serta masyarakat.

Sumber rujukan :Sinar Harian, astroawani