SEMAKIN hari semakin menakutkan apabila melihat angka kematian dan kes baharu jangkitan Covid-19.
Terbaharu, seorang staf MRT laluan Kajang disahkan positif dan kini telah dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.
Menerusi posting di Facebook Rapid KL, ekoran daripada itu, pihak Rapid Rail yang menjadi operator untuk MRT Laluan Kajang, telah membuat kerja-kerja disinfektasi dan pembersihan tempat kerja staf berkenaan berpandukan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Namun begitu, perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan lain kendalian Prasarana seperti LRT, monorel, bas Rapid Transit dan bas henti-henti selamat digunakan.
Artikel berkaitan: 3 asas dan alasan boleh isytihar darurat, Agong minta rakyat bertenang
Ini kerana pihak pengurusan dan staf Prasarana khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi
berkaitan COVID-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM.
Namun, pengguna diingatkan supaya mengikuti dengan rapi SOP yang telah ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair
pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.
Orang ramai tidak perlu panik menggunakan perkhidmatan awam, yang penting anda terus amalkan SOP yang ditetapkan. Moga kita dijauhkan daripada musibah Covid-19.