Lukis wajah mirip Dr Noor Hisham dalam mangkuk tandas, Fahmi Reza disifatkan biadap

Iklan
Lukis wajah mirip Dr Noor Hisham dalam mangkuk tandas, Fahmi Reza disifatkan biadap

SEBELUM ini pelukis kontroversi yang dikenali Fahmi Reza sering menjadi perhatian masyarakat akibat kerap mengutuk ahli politik dalam negara melalui lukisan.

Antaranya lakarannya adalah badut menyerupai Ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Iklan
Iklan

Selain itu, baru-baru ini dia juga pernah membuat lakaran memaparkan imej seorang lelaki berjanggut dan memakai penutup kepala berwarna merah jambu. Grafik lelaki berkaca mata itu sedang menadah tangan sambil menghembus nafas yang mengeluarkan tompok-tompok berwarna merah jambu menyerupai virus Covid-19.

Seni visual tersebut mendatangkan perasaan tidak senang warga maya kerana ada yang menganggap ia sebagai imej Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Iklan

Namun hari ini dia sekali lagi menaikkan kemarahan dan mendapat kecaman hebat apabila dia memuat naik poster lukisan digital yang memperlihatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham di dalam mangkuk tandas.

Iklan

Artikel berkaitan: [VIDEO]Gigih pak cik Ladja kejar bot Polis Marin demi bantuan makanan penduduk

Foto yang dimuat naiknya awal pagi tadi di Facebooknya, berkapsyen ‘please use the toilet’.

Posting tersebut ternyata menimbulkan pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata mereka mengecam hebat tindakannya yang dilihat terlalu biadap dan melampau.

Malah ramai yang turut memintanya menghormati Dr Noor Hisham yang telah bertungkus lumus dan tanpa henti bekerja dalam menangani penularan wabak Covid-19.