Tegar bergelar bapa muda, timang anak lelaki

Iklan
Untitled design (45)

ISTERI kepada penyanyi Indonesia, Tegar Septian, 19 iaitu Sarah Sheilka, 23, selamat melahirkan anak lelaki sulung mereka.

Iklan
Iklan

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu menerusi Instagram Story miliknya.

Gambar itu memaparkan Tegar tersenyum gembira di samping cahaya matanya yang masih belum diumumkan namanya.

Tegar yang memulakan kariernya dalam bidang seni sebagai pemuzik jalanan mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada 20 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Dua bulan selepas diijabkabulkan, Tegar memberitahu sudah bersedia menjadi bapa muda dan mengakui isterinya sudah hamil.