BERITA gembira buat warga Putrajaya. Korang berpeluang menaiki bas secara percuma di kawasan Putrajaya bermula 1 November ini.
Sebanyak 40 bas percuma disediakan bagi tujuan itu menerusi inisiatif Wilayah Prihatin Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.
Kata beliau, pada masa yang sama, kemudahan bas percuma tersebut akan menggalakkan aktiviti pelancongan domestik di Putrajaya yang dapat membantu memulihkan ekonomi setempat.
Menurutnya, kemudahan bas percuma ini hanya untuk warganegara Malaysia dan akan merangkumi ke semua laluan bas Nadi Putra sedia ada.
Kekerapan bagi laluan utama ini adalah setiap 5 minit pada waktu puncak bermula 6.30 pagi sehingga 9 pagi dan 4 petang sehingga 6.40 petang.
Bas akan bergerak setiap 10 minit pada bukan waktu puncak serta 30 minit pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum.
Terdapat lebih 20 tempat menarik sekitar Putrajaya yang boleh dikunjungi apabila wabak sudah reda nanti.
Antara lokasi menarik yang boleh dilawati adalah seperti berikut;
1. Perdana Putera dan Seri Perdana
2. Dataran Putrajaya
3. Muzium Alam Semula Jadi
4. Taman Cabaran Putrajaya
5. My Balloon Adventure
6. Taman Saujana Hijau Putrajaya
7. Alamanda Putrajaya
8. Flyboard
9. Cruise Tasik Putrajaya
10. Tasik Putrajaya
11. Jambatan Seri Wawasan
12. District 21 IOI City Mall Putrajaya
13. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
14. Skyrides Festivals Park
15. Taman Wetland Putrajaya
16. Taman Botani Putrajaya
17. Masjid Putrajaya dan Masjid Besi
18. Dataran Gemilang
19. Monumen Millennium
20. Kompleks Sukan Air Putrajaya
21. Taman Putra Perdana Putrajaya
22. Taman Ekuestrian Putrajaya
23. Icescape Ice Rink @ IOI City Mall
24. G2G Animal Garden
25. IOI City Mall Putrajaya
26. Astaka Morocco
27. Dataran Putra, Presint 1