JIKA korang peminat masakan cina muslim, menu ini memang wajib dicuba.
Setiap hari selalu dengan lauk pauk kampung, apa kata sekali-sekala mencuba resipi ini.
Ayam masak cili kering style cina muslim ini sangat sedap.
Resipi yang dikongsikan oleh Fatin Pauzi ini rasanya masam, manis dan pedas.
Nampak foto yang dikongsinya terus terasa kecur. Jom cuba!
Bahan-bahan :
- Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi)
- Bawang putih – mayang
- Lada besar 1 biji – mayang
- Cili padi 3 biji – mayang
- Cili kering 10 tangkai – potong kecik-kecik
- Daun kari
- Sos cili, sos tomato dan sos tiram
- Paste asam jawa
- Tepung gandum
- Telur
Boleh juga mencuba Resipi oden ala Family Mart, senang je rupanya!
Cara-cara :
1. Ayam potong kecik. Jika suka besar boleh potong besar.
2. Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng. Toskan minyak ayam.
3. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
4.Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
5. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam. Masukkan sedikit air.
6.Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
7. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul. Bila sebati, biar sekejap dan siap.
Selamat mencuba!