Program menarik di TV AlHijrah sempena sambutan Maulidul Rasul

Iklan
TV Al-Hijrah - SinarPlus

TV ALHIJRAH sekali lagi menjadi perintis utama dalam sambutan Maulidul Rasul di kaca televisyen apabila melancarkan kempen memperingati Baginda SAW bermula 23 Oktober lalu hingga 6 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, sambutan Maulidur Rasul itu bertujuan untuk mengingatkan penonton tentang nilai murni dan pengajaran serta dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sepanjang kerasulan Baginda.

Iklan
Iklan

"Ummah Rabbani Negara Harmoni adalah tema pilihan bagi sambutan Maulidur Rasul di TV Al-Hijrah.

"Tema ini jelas membawa maksud mencintai Rasul SAW menjadi satu kewajipan dalam konteks ketaatan, menjadi pencetus idea dalam konteks dakwah, dan ia juga merupakan silibus dalam pentadbiran dan garis panduan kehidupan,” jelasnya.

Iklan

Antara program menarik sempena sambutan Maulidur Rasul 1442H ialah E-Kaunter Netizen Bersama Syamsul Debat, Sentuhan Kalbu Bersama Habib Ali, Kasih Kenyalang, Hijrah Berselawat, My #Qurantime Istimewa, Dokumentari Jambatan Tim Sarok dan filem Latitude 6.

Selain program tersebut, TV AlHijrah turut melancarkan pertandingan Resepi Juadah Anda untuk penonton yang bekerja di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

Iklan

Pertandingan itu memberi peluang kepada penonton untuk menghantar video masakan dan hidangan istimewa mereka untuk diadili juri dalaman TV AlHijrah.

Sebanyak 13 video masakan terbaik, menarik dan kreatif akan disiarkan dalam rancangan Assalamualaikum, selain berpeluang memenangi sejumlah wang tunai.

 

(FOTO: TV Al-Hijrah)