Lorong motosikal Putrajaya bakal jadi laluan basikal, ‘port’ baharu ‘geng kayuh’

Iklan
Lorong motosikal Putrajaya bakal jadi laluan basikal, ‘port’ baharu ‘geng kayuh’

JIKA dahulu aktiviti larian dilihat antara menjadi hobi pilihan popular rakyat Malaysia. Di mana-mana sahaja aktiviti larian diadakan, pasti golongan mereka yang meminati sukan tersebut sanggup turun padang demi mengumpul koleksi pingat yang ditawarkan.

Kini, aktiviti berbasikal pula dilihat berjaya menambat hati dan perhatian rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Namun, aktiviti mahupun sukan berbasikal bukanlah asing di Malaysia, malah sejak beberapa tahun lalu, aktiviti jambori basikal sering diadakan menggunakan laluan mencabar seperti bukit, hutan dan tar.

Sejak kerajaan membenarkan aktiviti sukan dijalankan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 4 Mei lalu, orang ramai mula berjinak-jinak dalam aktiviti berbasikal, sekali gus menjadikan ia seolah trend baharu gayahidup masyarakat hari ini.

Iklan

Kebanyakan mereka yang berbasikal akan mencari kawan-kawan dan membuat kumpulan kecil untuk membuat kayuhan bersama untuk mengisi masa hujung minggu.

Sementara itu, ada juga antara mereka yang sanggup mengeluarkan modal beribu ringgit demi membeli basikal baharu yang kini dijadikan sebagai hobi.

Iklan

Oleh demikian, Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk menukar laluan motosikal di Putrajaya kepada laluan berbasikal berikutan cadangan kementerian menjadikan wilayah pentadbiran tersebut sebagai bandar mesra sukan berbasikal.

Memetik laporan edia tempatan, menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagi tujuan berkenaan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan mengambil langkah-langkah membatalkan laluan yang sebelum ini digazetkan bagi laluan motosikal untuk ditukar kepada lorong berbasikal.

Laluan berbasikal tersebut terdiri daripada bulatan luar sejauh 34km dan bulatan dalam kira-kira 15km yang dijangka siap dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang.

[caption id="attachment_25505" width="1024"] Annuar berkata, bagi tujuan berkenaan PPj akan mengambil langkah-langkah membatalkan laluan yang sebelum ini digazetkan bagi laluan motosikal untuk ditukar kepada lorong berbasikal.[/caption]

Sementara itu, selain lorong berbasikal, kementerian bercadang untuk menyediakan kemudahan lain termasuk kafe, bengkel dan kedai alat ganti basikal serta tempat letak kereta untuk penunggang basikal melakukan aktiviti itu di Putrajaya.

Annuar berkata kementerian juga akan menjemput persatuan berbasikal dan pihak berkaitan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat berkaitan keselamatan jalan raya khususnya keselamatan penunggang basikal dan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata idea sama juga ingin dibuat di Kuala Lumpur namun masih di peringkat awal dan pihaknya sedang mengenal pasti kawasan tasik yang sesuai di ibu kota untuk pembinaan lorong berbasikal.

Wow! Kerajaan nampaknya bersungguh dan menyokong penuh aktiviti berbasikal di negara ini. Mana tidaknya, aktiviti berbasikal dianggap sebagai aktiviti sihat. Ia bukan sahaja menyihatkan, malah dapat mencipta kenalan baharu yang sama-sama berkongsi hobi dan minat sama.

Maka akan ramailah ‘geng kayuh’ membanjiri Putrajaya bila siap sahaja laluan baharu yang dibina beberapa bulan sahaja lagi.