GSC dan TGV ditutup bermula 2 November, ‘kaki wayang’ duduk rumah dulu

Iklan
Tiket movie murah, TGV tawar harga serendah RM9 khas buat ‘kaki wayang’

BUAT semua ‘kaki wayang’ dan penggemar movie, ini ada sedikit perkongsian yang kurang best untuk korang!

Kesemua panggung wayang GSC Cinemas dan TGV Cinemas akan ditutup sementara berkuat kuasa bermula 2 November sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Iklan
Iklan

Penututupan tersebut merupakan langkah bagi mengawal penularan pandemik Covid-19 yang kelihatan kembali memuncak sejak kebelakangan ini.

Perkongsian tersebut diperoleh menerusi satu kenyataan yang dimuat naik kedua-dua syarikat pawagam itu menerusi ciapan mereka di laman Twitter.

Iklan

Sebelum ini, langkah sama diambil ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana kesemua panggung wayang telah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Iklan

Penutupan ini merupakan kali kedua dilaksanakan selepas PKP apabila melihat kepada situasi semasa Covid-19 di negara.

Jadi buat masa sekarang duduk rumah layan TV atau online sahajalah dulu ya.

Tambahan pula kini semua di hujung jari, melalui platform online juga ada menawarkan pelbagai rancangan TV, filem, anime, dokumentari dan banyak lagi yang boleh korang langgan janji ada sambungan internet.

Cukup mudah bukan? Jadi, ‘stay at home and stay safe’ bersama kita perangi wabak Covid-19 supaya ia tidak terus menular.