Selebriti seni dan sastera bergandingan dalam Puisi Maya

Iklan
Puisi Maya - SinarPlus

MEJA Poedjangga Malaysia kembali merayakan seni dan sastera sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2020 serta Dekad Membaca Kebangsaan dengan mengadakan program Puisi Maya – Bahasa Itu Ibundaku.

Program tersebut merupakan sesi pembacaan puisi panjang secara dalam talian melalui sebuah klip video berdurasi 10 minit dengan menghimpunkan 11 tokoh terkenal dari pelbagai bidang termasuk sastera, filem, muzik dan kesenian.

Iklan
Iklan

Mereka terdiri daripada Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Prof. Dr. Lim Swee Tin, Dr. Saleeh Rahamad, Roslan Madun, Umar Uzair, Lin Haslinaz, Ezlina Alias, Datuk Syafinaz Selamat, Osman Ali dan Nad Zainal.

Penganjuran program tersebut bertujuan untuk terus menyemarakkan aktiviti kesenian dan kesusasteraan ketika masyarakat berdepan pandemik Covid-19 yang masih belum menunjukkan tanda reda.

Iklan

Puisi Maya merupakan persembahan pembacaan puisi secara perseorangan di kediaman masing-masing sebelum disatukan secara beramai-ramai dalam sebuah klip video.

Klip persembahan tersebut akan dikongsi melalui media sosial utama seperti YouTube, Instagram dan Facebook Meja Poedjangga, Dewan Bahasa dan Pustaka serta didukungi media selebriti terlibat bermula 1 November ini.

Iklan

Mengangkat tema bahasa dan persuratan, teks puisi yang dpiilih berjudul Bahasa Itu Ibundaku dan merupakan karya Sasterawan Negara Prof. Muhammad Haji Salleh.

Puisi Maya dicetuskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meja Poedjangga Malaysia yang juga merupakan seorang penulis dan penyanyi lagu puisi, Umar Uzair.

"Saya agak terkilan kerana Bulan Bahasa Kebangsaan agak sepi pada tahun ini kerana pandemik menghalang kita untuk mengadakan sesebuah program secara langsung tapi sasterawan dan seniman seharusnya terus maju ke hadapan bersama manfaat teknologi.

"Norma baharu ini kita usahakan sebagai satu cara masyarakat tidak melihat sastera terkebelakang,” katanya.

Dalam pada itu, Meja Poedjangga juga berharap agar ada pihak yang sudi bekerjsama membawakan program seumpama itu secara langsung ke kaca televisyen agar lebih dapat diberi pengukuhannya.

 

(FOTO: Meja Poedjangga)