Nuha Vokal Mania terima kecaman netizen

Iklan
Nuha Bahrin - Vokal Mania

PESERTA yang juga Rookie Vokal Manis, Nuha Bahrin menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara cuba memberi kelainan kepada lagu tugasannya, Kekasih Awal dan Akhir nyanyian asal daripada Datuk Jamal Abdillah pada konsert minggu kedua malam Sabtu.

Nuha yang tewas kepada Tomok pada pusingan battle itu dituduh sebagai perosak lagu berkenaan dan dikatakan gagal tampil dengan sebuah persembahan yang baik menerusi penampilan pertamanya itu.

Iklan
Iklan

Mengulas kejadian tersebut, Nuha berkata, dia menyedari kekurangan dalam persembahannya ketika menyampaikan lagu pilihan produksi itu bakal mengundang kecaman netizen.

"Saya faham kalau mereka kata saya rosakkan lagu itu, tapi saya janji akan cuba lakukan yang terbaik selepas ini dan harap semua dapat terus berikan sokongan,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Nuha juga menerima nasihat daripada juri tetap program tersebut iaitu Yusry Abd Halim dan Misha dengan hati yang terbuka.

"Saya terima nasihat dan komen daripada juri yang mengatakan saya harus tahu limit dan menghormati lagu asal ketika membuat persembahan.

Iklan

"Saya minta maaf untuk persembahan yang kurang memuaskan malam ini.

"Ini adalah kali pertama muncul di kaca TV untuk program secara langsung, jadi sangat gementar.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dipilih sebagai  Rookie Star Award untuk minggu ini. Terima kasih atas sokongan keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mengundi persembahan saya malam ini,” katanya.

Pada konsert minggu kedua itu, Nuha tampil dengan dua tugasan dengan menyampaikan lagu Kekasih Awal dan Akhir untuk persembahan solo dan Di Matamu pada pusingan 'battle' bersama Tomok selaku Idol.

Program Vokal Mania yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz bersiaran langsung di TV3 setiap Sabtu, jam 9 malam.

 

(FOTO: TV3)