Dicemuh, dihina – Nabila Razali luah rasa sedih

Iklan
Untitled design (58)

PELAKON dan penyanyi, Nabila Razali meluahkan rasa sedih apabila masih ada netizen yang bertindak biadap terhadapnya.

Menerusi perkongsian yang dibuat daripada akaun Instagram miliknya, Nabila berkongsi paparan skrin seorang individu yang tidak dikenali, memaki-hamunnya kerana tidak berpuas hati dengan lakonan dan nyanyian Nabila secara direct message (DM) di Instagramnya.

Iklan
Iklan

Biarpun tidak membalas DM berkenaan, namun penyanyi yang kini hits dengan lagu Peluang Kedua itu menerusi ruangan kapsyen memberitahu, dia tidak tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain.

"Sesungguhnya, saya tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain. Ia sangat menyedihkan,” tulisnya yang menutup ruangan komen pada posting berkenaan.

Iklan

Sebelum ini, Nabila sering menjadi mangsa kecaman netizen yang merasakan dia tidak sesuai untuk menjadi penyanyi dan ada juga yang merasakan dia tidak boleh berlakon.

Namun dalam temu bual sebelum ini, Nabila memberitahu akan meneruskan karier seni dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

Iklan