Elak jangkitan Covid-19, Shah Rukh Khan halang peminat berkumpul

Iklan
Untitled design (60)

SABAN tahun, setiap 2 November, peminat superstar Bollywood, Shah Rukh Khan akan berkumpul di hadapan banglonya bagi melihat bintang kesayangan mereka melambai dari anjung sempena ulang tahun kelahirannya.

Bagaimanapun dek kerana penularan virus pandemik, Covid-19 yang melanda seluruh dunia, Shah Rukh Khan meminta peminatnya untuk tidak berbuat demikian pada tahun ini.

Iklan
Iklan

"Saya cadangkan kepada semua supaya tidak berkumpul kali ini. Tidak kiralah hari jadi saya atau apa pun.

"Hanya kali ini, kita meraikan dari jauh sahaja,” ujarnya menerusi satu tweet di Twitternya baru-baru ini.

Iklan

Shah Rukh Khan ketika itu menjawab soalan yang bertanya apa perancangan ulang tahun kelahirannya kali ini, memandangkan pihak polis tidak membenarkan sebarang perhimpunan termasuk di depan Mannat iaitu banglo milik bintang Dilwale itu.

[caption id="attachment_25854" width="1020"] Suasana biasa apabila peminat berkumpul di hadapan banglo miliknya bagi melihat Shah Rukh Khan dari jarak dekat.[/caption]

Iklan