WALAUPUN bukan daripada pengakuan tuan punya badan sendiri, namun seakan sudah sah bahawa pengacara dan ahli perniagaan Neelofa telah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz.
Malah ada desas-desus yang mengatakan bahawa pasangan sama cantik sama padan ini akan diadakan pada bulan Mac tahun hadapan.
Artikel terdahulu: Bakal imam Neelofa, kenali siapa PU Riz
Hari ini tular beberapa keping gambar sekitar majlis merisik tersebut di Twitter.
Selain daripada gambar bersama keluarga, turut kelihatan beberapa dulang hantaran yang menguatkan dakwaan majlis merisik tersebut.
Di sini SinarPlus kongsikan momen istimewa permulaan kepada lembaran baru kehidupan personaliti kesayangan ramai ini.
[caption id="attachment_25891" width="1024"] Lofa dan adik-beradik bersama PU Riz.[/caption]
[caption id="attachment_25892" width="1024"] Gambar Lofa bersama keluarga dan rombongan daripada pihak lelaki.[/caption]
Lofa sekeluarga bersama PU Riz.
[caption id="attachment_25894" width="1024"] Keihatan juga PU Riz mengimamkan solat di kediaman Lofa semalam.[/caption]