[VIDEO] Lelaki jatuh bilik air ini buat warganet sebak

Iklan
[VIDEO] Lelaki jatuh bilik air ini buat warganet sebak

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Tiada siapa yang tak sayang ibu kan?

Ada yang panggil mak, mama, umi dan mami. Tak kisahlah apa pun gelaran kepada insan istimewa itu namun wajib kita hargai.

Iklan
Iklan

Tetapi bagaimana nak menzahirkan rasa sayang kepada ibu itu?

Iklan

Seperti satu perkongsian video berdurasi 3 minit 45 saat di laman sosial Faizal Faiz Farish pada tiga hari lalu yang mencuri tumpuan warganet.

Iklan

Kongsinya, prank yang diselangi dengan lagu Aku Bidadari Syurgamu oleh Datuk Siti Nurhaliza itu memang dirancangnya untuk memberi hadiah sempena hari lahir ibu tercinta.

Dia pada mulanya buat-buat terjatuh di bilik air memanggil ibunya, kemudian ibu dengan pantas datang membantu. Namun lakonannya itu hanya bertahan selama beberapa minit dan terhenti kerana tergelak. Akhirnya dia menghadiahkan ibu tersayang dengan seutas rantai tangan emas.

Artikel berkaitan: (11 GAMBAR) ‘Signing off’ krew Malindo trending, ‘Stay Strong’ ujar warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sangat sebak dan terharu dengan cara dia meraikan ibu tersayang itu.