[VIDEO] Sayu tengok pakcik ini jual nasi lemak seorang diri, tak sangka rupa-rupanya...

Iklan
pakcik nasi lemak

REZEKI sebenarnya ada di mana-mana. Apa yang penting sekali, kudrat dan kesungguhan untuk mencari sesuap nasi demi keluarga tidak kiralah jual nasi lemak tepi jalan sekalipun.

Seperti usaha gigih yang ditunjukkan oleh seorang warga emas ini yang sanggup bersengkang mata untuk menjual nasi lemak sehingga lewat malam yang bikin ramai terharu.

Iklan
Iklan

Masakan tidak, sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor, ramai yang terjejas dek hilang sumber rezeki, ada pula yang hilang kerja.

Namun pakcik ini sanggup menjual nasi lemak seorang diri demi menampung hidup. Kesungguhan pakcik ini menarik perhatian pemilik akaun Twitter, @WahyuYordan berkongsi cerita lelaki itu di media sosial.

Iklan

Memetik kata-katanya:

Iklan

"Dari semalam aku nampak pakcik ni jual nasi lemak tepi jalan seorang. Tadi on the way balik, aku belilah sebab kasihan.”

Pemuda tersebut siap beli lebih untuk dikongsikan bersama sahabatnya dan dalam perkongsian Twitter itu juga, dia turut memberitahu lokasi jualan pakcik tersebut di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam Selangor.

Artikal berkaitan: Kuasa viral warganet bantu wanita ini, sekelip mata masalah kewangan selesai

Siapa sangka, perkongsian yang menerima lebih 14,000 ulang kicau itu menjadi tumpuan ramai sehingga ada yang menghulurkan sejumlah wang untuk membeli nasi lemak pakcik itu untuk disedekahkan.

Hebatkan kuasa viral warganet ini? Alhamdulillah. Hal yang baik memang sepatutnya diuar-uarkan.

Kata pemuda itu, ada individu prihatin yang memberi sejumlah wang untuk membeli nasi lemak pakcik tersebut untuk disedekahkan namun kelibat pakcik itu sudah tiada.

"Semalam ada yang suruh sedekah sikit duit dan beli semua nasi pakcik tu, tapi dia tak mula berniaga lagi. Pukul 6 atau lepas Maghrib aku datang balik.

"Lepas Maghrib aku pergi tadi tak ada dah pakcik tu, aku telefon, anak dia jawab ayah dia balik awal sebab nasi semua habis. Kejap lagi dia telefon balik, aku jumpa pakcik tu bagi duit korang.

"Pakcik tu dah telefon aku, suruh datang pukul 5 petang esok. Esok terus aku sampaikan, tak berani pegang duit orang lama-lama,” tulisnya jujur.

Pemuda jujur itu sempat berkongsi video pakcik itu untuk dikongsikan kepada warganet dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu.

Antara reaksi warganet yang mengikuti tweet pemuda itu turut berkongsi mengenai pakcik itu yang pernah berniaga sehingga lewat malam.

"Pakcik tu niaga memang awal pagi, selagi tak habis selagi itulah dia kat situ. Pernah nampak sampai pukul 10 malam masih ada lagi.” - @mnrhni

"Waktu pagi pun pakcik tu meniaga kat situ juga.” - @nnatashahh

Rata-rata mendoakan kesejahteraan pakcik itu yang sanggup mencari rezeki ketika usia senja tanpa mengharapkan orang lain.

"Semoga pakcik ini dimurahkan rezeki, sokonglah pakcik ni, umur macam ni tak mengharapkan kekayaan pun, cukup sekadar lepas bergantung duit makanan dari orang saje.” - @badboiyes

"Aku doakan kepada semua orang yang suka bersedekah ni dipermudahkan urusan dunia akhirat dan dimurahkan rezeki, Amin...” - @ArifJeffry

"Bila tengok pakcik ni meniaga macam tu, seorang diri masa zaman COvid-19 ini, sis yang risau, semoga pakcik tu sentiasa di bawah lindungan ALLAH, amin. Semoga tuan punya Tweet ini pun dilimpahkan rezeki sebab tolong beli nasi lemak pakcik tu.” -"@feyra_daisy