Biji cili punca seseorang mendapat sakit apendiks, betul atau karut?

Iklan

ORANG ramai sudah terbiasa dengan momokkan biji cili merupakan punca kepada apendiks.

Penulis juga sangat gemar dengan makanan pedas. Kadangkala timbul kegusaran apabila mereka menyatakan "jangan makan biji cili tu, nanti apendiks baru tahu,”.

Iklan
Iklan

Mengulas lanjut mengenai itu, Dr Maisara Yusra yang merupakan Penolong Profesor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), tiada sebarang kajian saintifik berjaya membuktikan radang apendiks adalah disebabkan pemakanan.

Jadi, kepercayaan biji cili boleh menyebabkan sakit apendiks yang selama ini ditakuti masyarakat kita adalah mitos semata-mata!

Iklan

Sebaliknya, semua orang berisiko mengalaminya walaupun tidak makan biji makanan seperti yang dinyatakan.

Sebenarnya, segala makanan yang keras seperti biji cili dan sebagainya akan hancur di dalam perut disebabkan oleh asid perut.

Iklan

Pemakanan sama sekali bukan punca sakit apendiks. Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk makan lauk sambal yang menjadi kegemaran anda lagi.

ANEKDOT

  • Radang apendiks (appendicitis) bukanlah sejenis penyakit tetapi satu kondisi di mana pundi apendiks (vermiform apendiks) tersumbat.
  • Untuk anda yang belum tahu, ia adalah satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada bahagian pemulaan usus besar. Pun begitu, fungsi sebenar organ ini masih belum dapat diketahui dengan tepat.
  • Mengapa ia boleh tersumbat jika bukan sebab pemakanan?
  • Ia adalah disebabkan oleh bukaan apendiks menuju ke tiub besar atau sekum tersekat. Sekatan ini mungkin berlaku akibat lendir tebal dalam apendiks atau serpihan najis keras daripada tiub besar termasuk ke pundi apendiks. Inilah punca sebenar radang apendiks berlaku.
  • Selain itu, kondisi ini juga boleh berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria. Ia sering menyerang golongan muda sekitar usia 10 hingga 30 tahun.