Buli Fizikal : Sering disindir miskin dan tak cantik buat suspek nekad bunuh kawan baik sendiri  

Iklan
Buli Fizikal : Sering disindir miskin dan tak cantik buat suspek nekad bunuh kawan baik sendiri  

KES buli kini makin parah dan bagaikan tiada penghujungnya ekoran terdapat laporan serta maklumat berkaitan kes-kes berkenaan dilaporkan setiap tahun.

Isu ini bukan sahaja hanya terdapat atau terjadi di Malaysia malah luar negara turut mengalami hal yang sama.

Iklan
Iklan

Kebiasaannya golongan-golongan yang lemah ini sering dibuli secara mental dan fizikal kerana dendam ataupun tanpa sebab.

Selalunya hanya buli fizikal dianggap sebagai buli kerana perlakuan ini menyebabkan kecederaan nyata dan boleh dilihat.

Iklan

Walaupun buli fizikal sering berlaku di sekolah, perbuatan ini juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ejekan, serangan lisan dan fizikal dan juga pemusnahan harta benda orang lain merupakan beberapa contoh buli fizikal.

Seperti apa yang berlaku baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes pelajar perempuan Tingkatan Enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, dengan mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus.

Iklan

Nasil siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan rasa tidak puas hati akibat sering disindir dipercayai menjadi punca pembunuhan Nur Surya Ismail.

Memetik laporan akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek ada membuat pendedahan mengenai motif kejadian itu ketika tampil ke Balai Polis Telemong dengan ditemani ibunya kira-kira jam 7.30 pagi semalam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek berusia 19 tahun memaklumkan mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin kerana ibunya hanya bekerja sebagai tukang cuci manakala bapanya hanya bekerja kampung berbanding kehidupan keluarga mangsa yang agak senang.

Mohd Adli berkata, selain pergelangan tangan mangsa dipotong, pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan tusukan pada leher mangsa dan beberapa kecederaan lain.

Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.