"DIA seorang sangat menyayangi anak saudara dia. Kalau bercinta dia sangat tegas dan berpendirian.
Begitulah pendedahan kakak kepada pengacara dan pelakon Neelofa, Noor Nabila berkenaan kriteria lelaki yang menjadi idaman adiknya itu dalam sesi Q and A time with Rosix, Bella & Lofa di saluran YouTube Rosix & Bella semalam.
Katanya lagi, Neelofa seorang individu yang tegas dalam bercinta dan mahukan lelaki yang boleh memberikan tazkirah setiap malam Jumaat selain memiliki fizikal berjanggut.
Artikel berkenaan: Bakal imam Neelofa, kenali siapa PU Riz
Menurutnya lagi, Neelofa sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu.
Neelofa menjadi tumpuan ramai apabila difahamkan sudah dirisik oleh pendakwah bebas, PU Riz pada Ahad lalu.