Madu Nurul Zahid meninggal, bertarung dengan barah tahap 4 sejak Ogos lalu

Iklan
AL-FATIHAH. Isteri pertama Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang juga madu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah meninggal dunia pada 4.16 pagi ini.

AL-FATIHAH. Isteri pertama Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang juga madu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah meninggal dunia pada 4.16 pagi ini.

Perkara berikut disampaikan oleh anak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu di laman Instagram miliknya awal pagi ini.

Iklan
Iklan

Tulisnya;

"INNALILLAHIWAINNALILLAHIRROJIUN.

Iklan

"Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, NurulHidayah Ahmad Zahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak Madu, Datin Bahazanaria, yang sangat kami sayangi.

"Ingin memaklumkan Datin Bahazanariah Baharudin telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah tahap 4 sejak Ogos tahun ini.

Iklan

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya.

"Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin," doanya.

Menurutnya juga, jenazah akan diuruskan di Masjid Al-Mukarramah BSD dan dijangka akan dikebumikan pada jam 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Kota Damansara.

Salam takziah buat keluarga.