Tak menang tangan melayan panggilan telefon, bukan saya yang nikah – Erra Fazira

Iklan
Tak menang tangan melayan panggilan telefon, bukan saya yang nikah – Erra Fazira

MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakari memuat naik ucapan tahniah kepada Erra Fazira dan suaminya pagi tadi ketika beliau mengadakan tinjauan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) majlis akad nikah oleh pihak berwajib.

Tempiasnya, artis popular tanah air, Erra Fazira mendakwa tidak menang tangan melayan panggilan dan mesej di telefon.

Iklan
Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, sebilangan besar daripada pemanggil yang merupakan kaum keluarga, sahabat karib dan wartawan menghubunginya bagi mengucapkan tahniah di atas ‘pernikahan’ yang berlangsung hari ini.

Iklan

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek yang pada awalnya tergamam kerana menerima ucapan tahniah bertalu-talu itu akhirnya dimaklumkan khabar gembira itu berkaitan dengan seorang lagi wanita yang mempunyai nama serupa dengannya mengikat tali perkahwinan.

Kata penyanyi dan pelakon masyhur itu, sekalipun bukan dia yang bernikah, namun, berita gembira mengenai wanita lain yang kebetulan sama nama dengannya itu disambut dengan penuh kesyukuran.

Iklan

Erra yang pernah melonjak kemasyhuran menerusi filem Sembilu, Maria Mariana dan banyak lagi berkata demikian sebagai mengulas laporan berita seorang wanita bernama Erra Fazira melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi.

Menurut Erra yang juga popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu, sebagai saudara muslim, dia secara peribadi mendoakan perkahwinan ‘Érra Fazira’ dan suaminya itu akan dirahmati oleh Allah SWT.

Sumber : astroawani