Pereka grafik muda tampil kelainan cipta karya seni pamer haiwan terancam guna billboard

Iklan
Pereka grafik muda tampil kelainan cipta karya seni pamer haiwan terancam guna billboard

KESEDARAN mengenai haiwan terancam di Malaysia kebiasaannya diuar-uarkan dalam bentuk video, gambar, infografik dan pelbagai medium dalam berkongsi ilmu pengetahuan dan maklumat kepada masyarakat.

Namun, dek kecanggihan teknologi dan perubahan zaman yang semakin moden, siapa sangka maklumat itu kini boleh dilihat dalam bentuk papan iklan (billboard) seperti yang dipamerkan di hadapan Suria KLCC ketika ini.

Iklan
Iklan

Menariknya, sentuhan kerja seni itu dihasilkan oleh seorang pereka grafik muda dari sebuah syarikat pengiklanan terkenal negara menerusi projek pertamanya berskala besar selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam tahun lepas.

Memetik laporan portal media tempatan, berkongsi kejayaan menghasilkan karya seni tu, Muaz Zainuddin, 24, berkata, dia dan ahli pasukannya membuat perancangan rapi dari segi penghasilan idea, kajian populasi haiwan dan dalam masa yang sama menerapkan kesedaran rakyat tentang haiwan Malaysia yang terancam dalam bentuk dan stail ‘pop art’.

Iklan

Iklan

Jelasnya, ada beberapa perkara penting perlu dipatuhi sebelum sesuatu hasil seni boleh diiklankan seperti penggunaan bahasa yang ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka, elak perkataan meleret dan pemilihan visual yang tidak melanggar undang-undang.

Muaz berkongsi kejayaan itu dalam laman Twitternya menerusi satu ciapan video sehingga tular dan berjaya menarik perhatian ribuan warga Twitter yang kagum dengan hasil karyanya dalam memberi kesedaran kepada orang awam berkenaan haiwan terancam di negara ini.

Beliau berkata, hasil seni itu akan terus dipamerkan di kawasan tumpuan pusat beli-belah ibu kota itu untuk sementara waktu sehingga terhasilnya hasil seni daripada pihak lain dan kejayaan ini akan membakar semangatnya untuk terus menghasilkan karya lebih menarik dan interaktif untuk dikongsi bersama masyarakat.

BERNAMA