BEKAS penyanyi yang pernah tular suatu ketika dahulu, Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Mat Naim, 36, kini lebih selesa menguruskan hal rumah tangga.
Ina telah berkahwin dengan bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad, 40, dan sehingga kini dikurniakan empat cahaya mata.
Nama Ina kembali menjadi sebutan apabila suaminya dilaporkan mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.
Oleh itu, segala perihal rumah tangga diuruskan oleh Ina dengan bantuan anak-anak.
Ina juga membantu Suhaimi berjalan dan memenuhi undangan nyanyian.
Selain itu, Ina juga menjadi ‘guru’ mengajar anak-anak mereka yang mengamalkan konsep home schooling.
Difahamkan juga tiga anak mereka sudah bergerak aktif menyanyi dengan nama kumpulan Pelapis serta pernah menghasilkan album berjudul Doa dan Lagu.