Filem Roh dipilih sertai Oscars

Iklan
Filem Roh - SinarPlus

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan filem Roh terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd telah dipilih mewakili Malaysia ke Anugerah Academy ke-93 (Oscars) bagi kategori International Feature Film Award yang dijadualkan berlangsung pada April tahun depan.

Pemilihan filem arahan Emir Ezwan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas menerusi penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, lakon layar, sinematografi, lakonan dan sebagainya termasuk pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan penganjur.

Iklan
Iklan

Roh sebelum ini mendapat kutipan sebanyak RM522,000 ketika ditayangkan di pawagam pada Ogos lalu.

Terdahulu sebelum itu, Roh juga menjadi satu-satunya filem tempatan yang dipilih untuk menyertai Festival Filem Antarabangsa Singapura 2019 dan Festival Filem Asia Jogja-NETPAC 2019.

Iklan
Iklan

Filem seram tersebut dibintangi oleh Namron, Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron, Junainah M Lojong dan Puteri Syahadah Nurqaseh.