‘Doakan isteri saya…’ – Nadzmi sebak, Ardell sertai Misi Bantuan Kecemasan Sabah

Iklan
Untitled design (15)

PELAKON dan pengacara, Nadzmi Adhwa meminta semua pihak mendoakan isterinya yang juga pelakon, Ardell Aryana yang menyertai Misi Bantuan Kecemasan ke Sabah.

Ardell yang juga Ikon Misi Kemanusiaan My Fund Action berlepas ke Tawau pagi tadi bersama dua lagi aktivis kemanusiaan.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum semua, nak minta kalian doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang. Semoga ALLAH SWT sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah

"Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu,” tulisnya di Instagram bersama video pendek Ardell memeluk anak sulung mereka, Arwa Malaikha Urwa, lima bulan.

Iklan

Sementara itu, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 30, menerusi Instagram miliknya, berharap dapat menahan kerinduan berpisah dengan anaknya buat sementara waktu.

Iklan

Bagaimanapun, dia terpaksa mengorbankan kerinduan itu demi menyalurkan bantuan makanan dan keperluan pada rakyat yang terjejas di Sabah.

"Kuatkan hatiku untuk berjauhan seketika dengan anak dan keluargaku buat seketika waktu

"Tiada seorang wanita atau ibu yang sanggup berjauhan dari suami, anak dan keluarganys. Percayalah akan rasa teramat rindu. Itu pasti, begitulah rasa sebagai seorang ibu yang berjauhan dari anak kecilnya

"Tetapi dengan rindu sahaja tidak mampu mengenyangkan perut warga emas yang kelaparan akibat kesukaran ketika bumi di uji dengan Covid-19, keluarga yang tiada sumber makanan kelaparan dan anak-anak kecil yang masih menyusu menangis kerana ketiadaan susu.

"Sedang anakku kekenyangan tersenyum serta tidur lena, sedang keluargaku kekenyangan,” tulisnya.

Tambah Ardell, dia akan ke kawasan pendalaman Semporna dan Tawau bagi menyalurkan dan menyampaikan sumber makanan serta susu.

"Berat kaki untuk melangkah kali ini  tetapi sesungguhnya apa yang ku lakukan hanya ALLAH mengetahui niatnya untuk apa,” ujarnya.

Misi 5 hari ini akan melibatkan 2500 golongan asnaf yang akan dibantu. 5 pulau akan dijejak untuk menghantar barang keperluan asas.

Rata-rata rakan artis dan pengikut Instagram pasangan ini berharap usaha murni Ardell bersama kumpulannya dipermudahkan.