Misteri kubur berdarah akhirnya terjawab... rupa-rupanya

Iklan
Misteri kubur berdarah akhirnya terjawab... rupa-rupanya

KUBUR berdarah pernah menggemparkan negara pada pertengahan September lalu.

Menerusi sebuah video tular ketika itu, tragedi dikatakan berlaku di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga, Alor Setar, Kedah itu memaparkan keadaan sebuah kubur yang mengeluarkan cecair merah seakan darah.

Iklan
Iklan

Isu tersebut difahamkan menjadi lebih serius hingga memaksa ahli jawatankuasa kampung menimbus semula kubur berkenaan bagi mengelak berlakunya fitnah.

Iklan

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya percaya kejadian itu diwujudkan segelintir individu yang disifatkan sebagai 'nakal' bagi menarik perhatian orang ramai.

Menurutnya, setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan yang dibuat oleh polis.

Iklan

Kata Datuk Hasanuddin lagi, hasil siasatan dan kajian saintifik yang telah dilakukan oleh pihak polis mendapati warna yang dikatakan darah itu sebenarnya adalah cecair yang dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu seperti minyak dan cat.

Terdahulu, imam Masjid Al Irfan di Derga, Abdul Hadi Awang, 55, terpaksa merayu kepada orang awam supaya menghentikan penyebaran video"kubur berdarah” yang tular di media sosial.

Artikel berkaitan: Imam Masjid Al Irfan rayu hentikan sebar video ‘kubur berdarah’

Keadaan kubur berkenaan mula disedari oleh beliau dan beberapa orang kampung ketika berkunjung untuk memberi penghormatan kepada jenazah, namun tidak menyangka ada pihak

yang merakam dan menyebarkannya.

Kini, persoalan sudah terjawab! Setiap individu perlu terapkan nilai tanggungjawab dalam diri, elakkan daripada membuat benda tidak berfaedah dan menyusahkan orang ramai.