Netizen teruja dengar Yuna bertutur loghat ‘Peghelih’

Iklan
Untitled design (18)

JIKA sebelum ini pelakon Fikry Ibrahim mengajar peminat dan rakan artis bertutur loghat Kedah, kini giliran penyanyi terkenal, Yuna, menarik perhatian ramai dengan loghat ‘Peghelih’ (Perlis).

Namun apa yang berbeza, Yuna menjelaskan sesuatu ayat itu dalam Bahasa Inggeris sebelum dialih bahasa kepada loghat ‘Peghelih’.

Iklan
Iklan

Lucunya, siap dengan mimik muka lagi sehingga ada orang Perlis sendiri yang mengakui tergugat dengan cara Yuna.

Jelas Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai, dia sebelum ini pernah membesar di salah sebuah daerah di Perlis iaitu Kangar.

Iklan

Iklan

Tidak hanya menarik perhatian peminat dan selebriti tempatan, video yang sudah ditonton hampir 300,000 di Instagram miliknya, turut mendapat perhatian rakan selebriti antarabangsa.