Ibu Aaron Aziz meninggal dunia

Iklan
Untitled design (19)

IBU kepada pelakon popular, Datuk Aaron Aziz iaitu Juriana Jaafar meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Singapura malam tadi.

Berita sedih itu dikongsikan Aaron menerusi akaun Instagramnya kira-kira jam 11 malam, Sabtu.

Iklan
Iklan

"Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadah umrahku dan selamatkanlah ibuku, Juriana Bt Jaafar dari seksa kubur dan api neraka.

"Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh. Tempatkanlah ibuku di antara hamba-hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A'la.

Iklan

"Allahummaghfirlaha warhamha wa'afihi wa'fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini," tulisnya.

Beberapa hari lalu, Aaron ada berkongsi mengenai dirinya yang kini menjalani kuarantin wajib tujuh hari selepas pulang ke Singapura bagi menziarahi ibunya yang kurang sihat.

Iklan