Tak sampai 48 jam tular motor dicuri, Permaisuri Selangor belikan gadis ini motosikal baharu

Iklan
Tak sampai 48 jam tular motor dicuri, Permaisuri Selangor belikan gadis ini motosikal baharu

BEBERAPA hari lalu, tular di laman sosial sebuah motosikal milik seorang gadis penghantar makanan telah dicuri di Batu Caves, Selangor.

Perkongsiannya di Twitter miliknya mengenai motosikal yang hilang di sebuah pasar raya itu menjadi tumpuan warganet.

Iklan
Iklan

Namun tidak sampai 48 jam, kesedihan Nur Athirah Abdul Latif berakhir apabila kisahnya turut mendapat perhatian DYMM Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Lagi menggembirakan apabila Tengku Permaisuri Selangor berkenan menghadiahkannya sebuah motosikal baharu buatnya.

Iklan

Baginda berharap dengan sumbangan tersebut, Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Iklan

Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.

Baca juga Cacat angkara tin kosong penyembur racun serangga meletup ketika bakar sampah

Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.

Sementara itu, menerusi satu posting di Twitter, Nur Athirah turut meluahkan rasa syukur dengan pemberian daripada Tengku Permaisuri Selangor.

Terdahulu, Nur Athirah seorang penghantar makanan Food Panda menangis apabila motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki hilang dalam satu kejadian sekitar 2 petang, November lalu.

Gadis itu dipercayai ingin mengambil makanan untuk dihantar dan meletakkan motosikal di kawasan sebuah pasar raya. Bagaimanapun, apabila kembali semula ke kawasan parkir, dia mendapati motosikal Yamaha 135LC miliknya hilang.

Motosikal yang baru sahaja dibeli tiga bulan yang lalu itu dipercayai dicuri oleh dua orang lelaki.