[VIDEO]Suami dan dua anak maut kemalangan treler, usahawan tampil bantu

Iklan
Suami dan dua anak maut kemalangan treler, usahawan tampil bantu

"SYIRA, awak rehatkan diri dan cari kekuatan. Soal rezeki jangan dirisaukan, insyaAllah kita semua satu family akan bantu".

Begitulah kata-kata semangat seorang usahawan, Hafiz Mahamad tatkala tampil menziarah Shamshira Mohd Norizin yang kehilangan suami tercinta baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Selain berpisah ajal dengan suami, Shamshira turut kehilangan dua anak lelaki sekali gus iaitu Mohammad Afif Rafiqi dan Arrian Nuh dalam kemalangan membabitkan treler muatan simen di Kampar minggu lalu.

Hafiz yang juga selebriti media sosial itu juga berjanji akan membantu bagi meringankan beban yang ditanggung Shamshira.

Iklan

Kongsinya menerusi lama Instagram;

Iklan

Baca juga Tak sampai 48 jam tular motor dicuri, Permaisuri Selangor belikan gadis ini motosikal baharu

Menurutnya, dia bertanggungjawab kena sayang dan sokong keluarga itu kerana mereka dulu adalah pelanggannya dan sekarang Shamshira sama-sama mencari rezeki dengannya, jadi sedikit atau banyak dalam tubuh anak dan isteri saya ada hasil sokongan daripada keluarga ini.

Terdahulu, tiga beranak berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan berat dinaiki mereka terbabas dan terbalik.