Pendaftaran BPN 2.0 perlu dibuat selewat-lewatnya 15 November, ini cara untuk memohon

Iklan
UNTUK pengetahuan semua, hari ini semakan untuk status dan permohonan baru bagi BPN 2.0 telah pun dibuka.

UNTUK pengetahuan semua, hari ini semakan untuk status dan permohonan baru bagi BPN 2.0 telah pun dibuka.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta orang ramai bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan, supaya memohon BPN 2.0.

Iklan
Iklan

Untuk mereka yang perlu membuat permohonan baharu, kerajaan memberikan tempoh selama sebulan untuk memohon bermula dari hari ini atau selewat-lewatnya 15 November.

LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan pembayaran bagi permohonan baharu yang lulus akan dilakukan pada Januari tahun depan.

Iklan

Meskpipun LHDN sebelum ini memberikan dua kaedah untuk memohon iaitu secara penghantaran borang manual ke mana-mana Cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) juga UTC LHDNM atau secara dalam talian mereka bagaimanapun kini menyarankan agar segalanya dilakukan secara dalam talian susulan dari peningkatan kembali kes Covid-19 di dalam negara.

Iklan

Orang ramai boleh melayari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan itu.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, hubungi Hasil Care Line melalui talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Semoga bermanfaat!