DIY- Penyangkut tudung guna barang bajet, kemas dan jimat ruang

Iklan
DIY- Penyangkut tudung guna barang bajet, kemas dan jimat ruang

SELAIN alat solek dan pakaian, tudung adalah antara koleksi yang paling banyak ada terutama bagi wanita yang bertudung. Tapi, pening juga nak simpan dan pilih dalam timbunan tudung yang banyak.

Ini tip untuk menjimatkan ruang dan dalam masa yang sama mudah untuk capai ketika nak memakainya. Apa kata kita cuba tip mudah dan simple yang dikongsikan oleh Erna Chan ini.

Iklan
Iklan

Bahan-bahannya:

Penyangkut baju besi

Iklan

Penyepit baju

Pengikat kabel

Iklan

Cara- cara:

1. Ikat penyepit baju pada penyangkut dengan menggunakan pengikat kabel.

2. Potong lebihan ikatan pengikat kabel.

3. Tak sampai 5 minit pun dah siap. Mudah dan jimat bukan?

4. Siap! Satu penyangkut boleh letak dalam 20 helai tudung.

Selepas ini wanita-wanita di luar sana tak perlu lagi pening-pening kepala fikir nak simpan tudung di mana ye. Guna sahaja cara yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: impiana.my/ unsplash