SEJAK negara dilanda wabak Covid-19, kerajaan memperkenalkan MySejahtera iaitu satu sistem yang mengesan kehadiran seseorang ke sesuatu tempat.
Sebelum ini, SinarPlus ada membuat laporan memetik Malay Mail berkenaan pihak polis akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.
Namun hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjawab kekeliruan rakyat terhadap perkara itu dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebentar tadi.
Ismail Sabri mengumumkan tujuh SOP scan QR MySejahtera ketika isi minyak.
Ismail Sabri turut berkata kerajaan memandang serius dengan penyebaran berita palsu.
Katanya, jika ragu-ragu dengan maklumat boleh layari wwww.sebenarnya.my.
Artikel berkaitan: Denda RM1,000 jika gagal imbas MySejahtera di stesen minyak
Sebelum ini timbul kekeliruan terhadap perkara itu apabila menurut The Star, Petrol Dealers Association of Malaysia (PDAM) tampil memaklumkan para pengguna hanya perlu mengimbas
kod QR MySejahtera apabila ingin memasuki kedai, tandas, atau surau di stesen petrol sahaja. Bagi servis layan diri, pengguna tidak perlu lagi untuk scan di aplikasi MySejahtera.
Menurut Presiden, Petrol Dealers Association of Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, ketika proses pembayaran dibuat juga, pelanggan tidak perlu mengimbas kod
QR MySejahtera.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika berada berdekatan pam minyak.
Lagi menambah kecelaruan rakyat apabila Penyelaras CPRC, Jamal Abdul Nasir memberitahu Malaysiakini bahawa adalah wajib untuk 'check in' dengan MySejahtera walaupun seseorang
tidak memasuki kedai serbaneka di stesen minyak.
"Semua pelanggan yang memasuki mana-mana premis termasuk pam petrol / stesen diminta untuk mengimbas kod MySejahtera QR, memeriksa suhu badan, dan memakai topeng," katanya dalam balasan e-mel.
Terdahulu, media melaporkan seorang individu yang gagal mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak di stesen petrol telah dikenakan denda sebanyak RM1,000.