Sharifah Shahira jawab dakwaan Sakinah berkahwin lagi

Iklan
Untitled design (22)

PELAKON dan penyampai radio, Sharifah Shahira memberitahu, dia dan anggota keluarga yang lain tidak pernah tahu adiknya, Sharifah Sakinah sudah berkahwin buat kali kedua seperti didakwa.

Menurut Shahirah atau mesra di sapa dengan panggilan Shiera itu, sekiranya benar, mereka sekeluarga sepatutnya sudah mengetahui lebih awal mengenai perkara baik itu.

Iklan
Iklan

"Ya ke? Sumpah saya tak tahu dia dah berkahwin ke dah bertunang ke.

"Apapun kami tidak menghalang sekiranya dia bertemu jodoh. Itu kehidupan dia, cuma kami minta doakan yang baik-baik buat dia.

Iklan

"Sakinah adik saya, darah daging saya. Saya sayangkan dia. Sakinah ni jenis yang suka mengusik, happy go lucky.

"Mungkin emoji cincin tu dia letak sebab nak mengusik rakyat jelata iaitu netizen. Dia jenis yang tak suka bergaduh sebab benda-benda kecil, cuma kadang-kadang tu hyper sikit je,” katanya seperti dilaporkan Astro Gempak.

Iklan

[caption id="attachment_26765" width="1024"] Sakinah bersama kekasihnya dan gambar kiri, Shiera.[/caption]

Terdahulu, jejaka ‘mat saleh’ bernama Michael Hansen yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa Sakinah, telah memuat naik foto mesra mereka di kolam renang menerusi  akaun Instagramnya.

Beberapa netizen dilihat memuat naik komen yang mendakwa Sakinah sudah berkahwin dan sengaja merahsiakan perkara itu.

Sakinah kemudiannya membalas komen netizen dengan menulis;"Already” disertakan dengan emoji cincin.

Malah Shiera dilihat turut memberikan reaksi dengan meninggalkan pertanyaan pada ruangan komen.

"Gambar pre-wedding ke?” tulisnya, namun komen itu tidak dibalas oleh Sakinah mahupun Michael yang juga seorang jurulatih kecerdasan.