Vivo V20, V20 Pro dilengkapi teknologi Eye Autofocus, jadikan rakaman foto lebih cantik dan tajam

Iklan
1 feat vivo

VIVO baru-baru ini melancarkan V20 dan V20 Pro, model terbaharu dalam siri V20 Be The Focus di Malaysia.

Majlis diadakan secara maya melalui saluran Facebook dan Youtube rasmi, vivo Malaysia.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, siri V20 menawarkan keupayaan inovatif swafoto yang membolehkan pengguna merakam dan mengabadikan momen terindah dengan teknologi terbaharu, Eye Autofocus.

Iklan

"Di dalam rekaan siri V20 yang nipis inilah terdapatnya inovasi fotografi mudah alih vivo yang terkini dan canggih serta kamera depan Eye Autofocus 44MP.

"Fitur terkini ini juga dilengkapi dengan prestasi serba boleh yang mantap pada harga mampu milik sekali gus menjadikan ia peranti ideal untuk pengguna yang gemar mengambil gambar dan merakamkan kisah kehidupan mereka," katanya.

Iklan

Selain itu, ujar Mike, V20 dan V20 Pro juga dibangunkan sebagai aksesori rekaan dan alat pengkomputeran yang cukup berkuasa untuk menyelesaikan tugasan harian dengan telefon bimbit.

"V20 akan menggunakan sistem operasi Android 11 yang baru saja dilancarkan. Ia memudahkan para pengguna untuk menguruskan perbualan, kawalan peranti, tetapan peribadi dan banyak lagi," katanya.

Terdapat banyak lagi kriteria menarik inovasi baharu vivo ini.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.vivo.com/en/about-vivo/news. Pratempahan telefon sudah boleh dilakukan melalui kedai rasmi vivo Malaysia di Shopee.

Sempena Mega Sales 11.11 ini, vivo juga ada menawarkan harga hebat fitur-fitur hebat mereka antaranya seperti Y50, Y91C, S1 dan banyak lagi di platform Shopee.

Anda boleh berjimat hingga 40 peratus dan terdapat telefon bimbit berharga serendah RM299 sahaja. Jadi, apa tunggu lagi.

[caption id="attachment_26773" width="1024"] VIVO Malaysia turut menawarkan fitur-fitur lain keluarannya dengan harga runtuh bermula jam 12 malam hingga 2 pagi pada Mega Sales 11.11. Klik di sini untuk 'chup' gajet kegemaran anda.[/caption]