Isteri hamil cahaya mata sulung, Fitri Haris luah rasa syukur

Iklan
Fitri Haris - SinarPlus

PENYANYI Dr. Fitri Haris berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata, apabila isterinya, Fazilah Omar, kini hamil empat minggu.

Fitri, 36, yang juga bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, menerusi laman Instagramnya pada Selasa telah memuat naik sebuah video yang menyaksikan kejutan dibuat oleh isterinya ketika memaklumkan berita tersebut.

Iklan
Iklan

"Speechless! Alhamdulillah ya ALLAH! Tak sangka. kalau sakit jantung mahu tercabut.

"Terima kasih atas doa dan saya pohon doa daripada semua. Alhamdulillah.. alhamdulillah,” luahnya penuh syukur.

Iklan

Difahamkan isteri Fitri yang juga merupakan pengurusnya itu pernah keguguran sebelum ini dan mereka sangat mengharapkan kehadiran cahaya mata untuk melengkapkan rumah tangga yang dibina.

Rakan-rakan dan para pengikut Fitri turut berkongsi kegembiraan tersebut dengan mengucapkan tahniah, selain menitipkan doa buat dia dan isteri.

Iklan

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun lalu, sekali gus menamatkan status mereka sebagai bapa dan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.

Fitri menerusi perkahwinan terdahulu memiliki seorang anak perempuan, Sofea Soleha, 16, yag kini menetap bersama bekas isteri di Singapura.

Manakala Fazilah pula merupakan ibu kepada seorang anak lelaki, Qhalish Rayyan Adam, 10.

 

(FOTO: Instagram Fitri Haris)