Khasiat garam hitam yang ramai tak tahu

Iklan
garam hitam

ANDA kenal garam hitam? Pernah tengok dan pernah makan? Mesti ramai di luar sana yang tak berapa familiar dengan garam hitam ni.

Ini antara khasiat garam hitam yang anda patut tahu.

Iklan
Iklan

1. Membantu masalah pencernaan

Jika anda sering mengalami masalah ketidakselesaan pada perut, anda boleh mengamalkan pengambilan garam hitam ini.

Iklan

Ini kerana garam hitam mengandungi sebatian sulfur yang mampu membantu menyelesaikan masalah itu.

Garam hitam ini akan bertindak sebagai perangsang pencernaan yang mengimbangi pengeluaran asid di dalam perut, mengurangkan komplikasi pencernaan, dan mencegah ulser.

Iklan

2. Merawat begok

Garam hitam mengandungi sodium iaitu zat yang bertindak aktif dalam mengurangkan dan merawat begok.

3. Mengawal tekanan darah

Garam hitam berbeza daripada garam biasa dari segi nutrisinya. Garam hitam memiliki kandungan natrium yang rendah di mana ia mampu mengawal masalah tekanan darah seseorang.

4. Mengubati anemia

Kepada anda yang menghidapi anemia, boleh gantikan garam biasa kepada garam hitam. Ini disebabkan garam hitam mengandungi zat besi yang tinggi. Justeru dapat merawat penyakit anemia.

5. Melegakan ketegangan otot

Anda boleh mengunakan garam hitam ini ketika mengalami ketegangan otot.

Kandungan kalium dalam garam hitam dapat mengekalkan elektrolit dalam badan. Justeru. Ia dapat melegakan ketegangan otot yang kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan mineral dalam badan.

Kini anda sudah tahu khasiat garam hitam. Amalkannya dalam pemakanan seharian anda untuk kesihatan tubuh badan anda.

 

Penulis: Suhaila Ali

Sumber dan foto: merdeka. com, instagram ebn _shop dan ulricakrii