Pencemar air sungai Selangor dicari, RM5,000 jadi ganjaran pemberi maklumat

Iklan
Ganjaran RM5,000 menanti pemberi maklumat berhubung pencemaran air Selangor

SEMALAM sekali lagi, penduduk di Lembah Klang terpaksa berhadapan gangguan bekalan air bersih.

Penutupan bekalan air yang bermula jam 6 petang itu dijangka akan dibuka semula esok pagi secara berperingkat.

Iklan
Iklan

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengumumkan penutupan itu disebabkan pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor.

Menurutnya, pencemaran itu mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang.

Iklan

Turut dilaporkan, gangguan bekalan itu merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Iklan

Artikel berkaitan: Masalah gangguan air, tak guna merungut, amalkan langkah berhemat ini jauh lebih baik

Menurut menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang maklumat boleh disalur melalui e-mel pro@kasa.gov.my atau talian hotline Jabatan Alam Sekitar (JAS) di 1-800- 88-2727.

"Ganjaran diberikan selaras dengan komitmen berterusan kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang akan menyediakan peruntukan khas kepada mana-mana (pihak) yang dapat menyalurkan maklumat tentang sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang, termasuk isu pencemaran sungai.

"Saya amat memandang serius mengenai perkara ini kerana tujuh insiden henti tugas loji rawatan air di Selangor akibat pencemaran sungai pada tahun ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Jadi, ayuh korang yang ada bukti tampil ke hadapan. Pencemaran itu disyaki berpunca di sekitar Taman Velox, Rawang.