11.11 'Happy Single Day'... untung juga golongan bujang!

Iklan
11.11 'Happy Single Day'... untung juga golongan bujang!

JIKA pasangan berkahwin meraikan hari ulang tahun perkahwinan, golongan bujang juga ada hari meraikan mereka.

Namun, tahukah anda hari ini 11 November adalah hari Single Day?

Iklan
Iklan

Dikatakan, tarikh 11.11 dipilih kerana angka ‘1’ diibaratkan sebagai individu yang bersendirian.

Iklan

Selain itu Single Day juga dikenali dengan nama Guanggun Jie. Single Day pada awalnya diraikan di negara China untuk menghiburkan hati anak-anak muda di negara tersebut yang tidak mempunyai kekasih.

Pada awalnya juga, Single Day hanya diraikan oleh kaum lelaki di China tetapi kini ia juga disambut oleh kaum wanita.

Iklan

Baca juga Vivo V20, V20 Pro dilengkapi teknologi Eye Autofocus, jadikan rakaman foto lebih cantik dan tajam

Namun demikian, berbeza pula dengan negara Korea, tarikh 11.11 dikenali sebagai Pepero Day, di mana mereka akan bertukar stik Pepero yang dihias dengan teddy bear atau bunga, dengan harapan agar mereka akan tinggi dan kurus, sama seperti angka 1.

Di Belgium pula, 11.11 adalah hari untuk memperingati Perang Dunia I, dan di Indonesia adalah Hari Belanja Online Nasional.

Sedikit persamaan dengan Indonesia, di negara kita, tarikh 11.11 ini juga disambut oleh mereka yang menjalankan bisnes online dengan mengadakan sale dan promosi gila-gila!

Malah, ada juga peniaga online yang memberi potongan harga dan juga penghantaran percuma. Dah tak perlu gigih nak ke shopping mall.

Baca juga Jualan gila-gila sempena Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale

Penuhi hari Single Day korang dengan berbelanja online hadiahkan pada diri sendiri sebagai reward atau untuk ibu bapa serta keluarga tercinta.

Selamat hari single!