KATA orang, seseorang akan bertindak di luar kawalan jika tahap keinginan hati mengatasi segalanya.
Begitulah yang terjadi di Perak semalam. Satu kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di laporkan di Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor.
Kemalangan itu dilaporkan berpunca daripada sebuah kereta Produa Axia dengan tiba-tiba memandu melawan arus kerana mengelak sekatan jalan raya (SJR).
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu pada pukul 6.08 petang semalam.
Jadi, korang berhati-hati di jalan raya, sila amalkan pemanduan berhemah, pandu dengan cermat jiwa pun selamat.
Baca juga Terganggu 2 jam, sekarang dah okay, ini penjelasan YouTube