(VIDEO) ‘Civic Ketam’ bakal ada generasi pengganti, Honda ‘belanja’ video teaser Civic baharu

Iklan
(VIDEO) ‘Civic Ketam’ bakal ada generasi pengganti, Honda ‘belanja’ video teaser Civic baharu

SEBUT sahaja mengenai Honda Civic, pasti ramai yang cukup mengenalinya terutama pada penggemar kereta dan golongan anak muda.

Mana tidaknya, buat peminat automotif, jenama Type R yang mula ditawarkan pada model Civic pada tahun 1997 tetap menjadi pujaan dan kegilaan anak muda sehingga ke hari ini.

Iklan
Iklan

Seperti Honda Civic generasi ke-10 atau lebih popular dikenali sebagai ‘Civic Ketam’ dalam kalangan penggemar kereta, sedar atau tidak model tersebut sebenarnya sudah 5 tahun berada dalam pasaran.

Iklan

Momentum yang dibawa oleh ‘Civic Ketam’ dilihat masih lagi kuat walaupun hakikatnya model itu mula diperkenalkan pada tahun 2015 dan kini berada pada tahun kelima produksinya.

Seperti model-model dari jenama Jepun lain yang lazimnya hanya berada enam tahun dalam pasaran.

Iklan

Maka mengikut tradisi, tahun hadapan sepatutnya Civic akan diperkenalkan dalam versi generasi baharu.

Oleh demikian, terbaharu, teaser untuk model prototaip yang didakwa pengganti Civic yang sedia ada ini sudah pun disiarkan dengan pengumuman bahawa pendedahan sulung globalnya akan dibuat pada 17 Nov 2020 nanti seperti apa yang didedahkan oleh Honda sendiri semalam!

Wow! Civic Ketam bakal ada ganerasi pengganti!

Menerusi video yang diterbitkan Honda semalam di laman Youtube rasmi mereka, syarikat gergasi itu secara rasmi mendedahkan teaser bagi Civic generasi kesebelas yang memaparkan model baharu tersebut dari pelbagai sudut.

Walaupun ia dinamakan ‘prototaip’, dengan perincian yang nampak seperti sebuah model produksi akhir seperti pada rim, lampu-lampu, pembuka pintu, cermin sisi dan sebagainya, boleh diagak versi produksi sebenarnya tidak jauh dari versi ini, sama seperti model prototaip akhir yang didedahkan Honda akhir-akhir ini, contohnya pada Honda Insight Prototype.

Memetik laporan portal permotoran tempatan, bulan lalu, gambar paten untuk model generasi baharu ini sebenarnya telah pun bocor dan dapat dilihat ia akan dihasilkan dalam dua versi badan iaitu sedan dan hatchback.

Dalam video teaser selama 15 saat ini dapat disahkan bahawa ia akan diperkenalkan dalam versi sedan terlebih dahulu.

Juga boleh dilihat, elemen-elemen utama seperti bayang badan dengan tiang-C seakan Accord, gril Solid Wing Honda yang lebih nipis bersama lampu lebih tajam, serta lampu belakang lebih tirus dan tiada lagi imej ‘sepit ketam’ yang sama seperti lukisan paten berkenaan tampil pada model prototaip ini.

Tiada sebarang bayangan bahagian dalaman disiarkan pada video teaser berkenaan. Namun jika berdasarkan lukisan paten yang bocor sebelum ini, Civic akan menerima papan pemuka rekaan baru yang sangat berbeza serta skrin sistem infotainmen kini terletak di bahagian atas serta diasingkan daripada pengawal pendingin hawa.

SinarPlus percaya ramai yang dah tak sabar untuk lihat model baharu itu rasmi dilancarkan. Sama-sama kita nantikan 17 November ini!

https://www.youtube.com/watch?v=jcASK5njuPI&feature=youtu.be