KL kawasan ‘halal’ berniaga, tapi tak semua tempat sesuai

Iklan
Tidak semua kawasan di sekitar bandar raya sesuai untuk berniaga

PENGUMUMAN yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan memberi izin kepada orang ramai untuk berniaga atau membuka gerai secara kecil-kecilan di sekitar ibu kota baru-baru ini mendapat perhatian ramai pihak.

Rata-rata orang ramai juga memuji tindakan tersebut dan berharap agar peraturan yang sama akan dilaksanakan di setiap negeri.

Iklan
Iklan

Mana tidaknya, orang ramai terutama peniaga kecil kini mampu menarik sedikit nafas lega dan menganggap ‘tawaran’ tersebut seolah satu sinar baharu untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup tambahan pula ramai yang terkesan sejak penularan pandemik Covid-19 yang kini sedang melanda dunia.

Walaupun DBKL memberi kelonggaran kepada orang ramai untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di bandar raya yang kini dilabel sebagai"wilayah bebas berniaga”, namun tidak semua tempat sesuai untuk dijadikan tapak berniaga.

Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, penjaja masih perlu membuat rundingan dengan dengan pihak Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) untuk makluman dan rekod data DBKL.

Iklan

Beliau berkata, memang ada kawasan yang sesuai dan boleh digunakan sebagai tempat berniaga secara percuma, tetapi DBKL perlu sentiasa mengawalnya dan tapak berniaga perlu disusun dengan teratur.

Tambahan pula penjaja juga perlu untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengawal jangkitan Covid-19.

Jadi, buat mana-mana individu yang berhasrat untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka gerai perlu patuh dengan setiap garis panduan yang ditetapkan.

Jangan pula korang sia-siakan peluang yang diberikan itu atau dengan sengaja melakukan perkara yang mampu mengundang padah.

Apa pun, mohonlah lesen berniaga terlebih dahulu dan selebihnya korang boleh rujuk DBKL untuk segala pencerahan.

Semoga bermanfaat!