Penjual ayam gunting labur RM10,000 buat kostum Predator tarik pelanggan

Iklan
Penjual ayam gunting labur RM10,000 buat kostum Predator tarik pelanggan

PENDUDUK sekitar Pulau Pinang terkejut namun kagum apabila melihat seorang lelaki berpakaian seperti Predator, watak dalam filem Alien vs Predator berkeliaran di sekitar Jalan Utama, George Town, Pulau Pinang.

Predator yang memegang tombak bermata dua, kelihatan berusaha menghiburkan orang ramai dengan sesekali cuba untuk menakutkan orang awam di gerai-gerai berdekatan Hospital Besar Pulau Pinang ketika waktu lapangnya.

Iklan
Iklan

Selepas itu, Predator berkenaan akan ke gerai berdekatan di sebuah restoran nasi kandar dan meneruskan tugasnya sebagai penjual ayam gunting dan sosej.

Memetik laporan portal media tempatan, Predator yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah individu yang dikenali sebagai Nor Hisham Awang Nong, 47, seorang penjual di gerai makanan yang juga peminat fanatik siri filem Alien vs Predator.

Iklan

Nor Hisham berkata, beliau mengenakan kostum predator itu dengan harapan dapat menarik pelanggan dan mempromosikan perniagaannya, terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Beliau berkata, material untuk membuat kostum predator yang bernilai antara RM8,000 hingga RM10,000 itu dibeli melalui platform perniagaan dalam talian dan dibuat oleh seorang pereka di Pontian, Johor.

Iklan

Namun, katanya hanya 10 daripada ahli berkenaan memiliki kostum predator yang lengkap.

Katanya, sejak beliau menjadi ahli GPM, beliau pernah tampil dalam beberapa acara sebagai predator dan menjadi popular.

Sementara itu, beliau berkata cabaran utama yang dihadapi ketika menghiburkan orang ramai sebagai predator adalah berat kostum itu yang keseluruhan dianggarkan kira-kira 10 kilogram selain ia juga kedap udara.

Semasa berada di Jalan Utama, Nor Hisham akan ditemani oleh seorang pembantunya yang sekali-sekala akan mengelap dan membersihkan peluh dari wajahnya dan memastikan keselesaannya.

Selain itu, Nor Hisham juga mengalami masalah penglihatan dengan mata kanannya buta dan penglihatan mata kirinya semakin kabur.

Namun, di sebalik segala rintangan itu, semangatnya yang kuat telah mendorong beliau untuk terus menghibur dan menceriakan orang ramai dengan memperagakan kostum predator itu.

BERNAMA