Emma Maembong selamat bersalin 8 November lalu

Iklan
Untitled design (31)

PELAKON Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 28, selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya pada 8 November lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32, menerusi akaun Instgramnya tengah hari tadi.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah...8.11.20 Allah is the greatest," tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen beserta video pendek potret mereka bertiga.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan desas-desus mengenai Emma yang dilaporkan sudah selamat bersalin dan turut mengadakan majlis doa selamat serta aqiqah bayi mereka oleh Harian Metro, semalam.

Iklan
Iklan

Pelakon Cemburu Seorang Perempuan itu sah bergelar isteri kepada Shazli yang juga seorang juruterbang pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu.